Maklumat Kotak

1Kotak baru atau terpakai?
Kami hanya menjual kotak baru sahaja.
2Apakah saiz kotak yang dijual?
Kini kami mempunyai 23 saiz kotak iaitu Kotak Mini dan Kecil yang pelbagai saiz, Kotak Pos, A4, Buku, Abba, Storage, Medium, Large dan Extra Large. Kotak semua adalah standard jenis RSC.
3Harga sekotak?
Harga bermula RM0.90 untuk kotak Mini sehingga RM10.50 untuk kotak Extra Large. Dijamin paling murah dipasaran.
4Kotak tahan lama?
Jangka hayat kotak yang kami bekalkan mampu bertahan sehingga 1 – 3 tahun sesuai untuk penyimpanan dokumen dan fail.
5Had muatan kotak?
Kotak medium boleh menampung berat 25kg sehingga 30kg.
6Kotak mempunyai cop?
Kotak kami mempunyai standard cop shipping.
7Boleh saya tempah saiz yang lain?
Maaf, kami tidak menerima tempahan untuk “custom made”.
8Kotak dalam bentuk apa ye?
Kotak dalam bentuk lipatan.

Maklumat Pembelian

1Bagaimana nak beli?
Anda boleh datang terus ke kedai kami di Cheras, Sungai Buloh atau di Johor Bahru. Disarankan hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk sebarang update.
2Bolehkan saya ingin membeli hanya 1 kotak sahaja?
Ya boleh. Kami tidak menetapkan belian minimum seperti lain-lain pengusaha. Kami tidak ingin membebankan anda.
3Boleh saya dapatkan sebut harga?
Kami perlukan maklumat seperti nama syarikat, alamat, email, saiz kotak dan kuantiti yang diperlukan.
4Boleh saya buat bayaran atas talian?
Ya boleh. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan atas talian. Bank yang kami gunakan adalah Maybank
5Bolehkan bayaran menggunakan cek?
Ya boleh. Kami akan menghantar kotak setelah cek “clear”.
6Ada diskaun untuk belian yang banyak?
Diskaun diberi untuk pembelian 500pcs keatas bergantung kepada saiz kotak yang dibeli
7Resit @ Invoice disediakan?
Yup resit @ Invoice akan diberi setelah kami terima bayaran. Anda boleh mendapatkannya juga melalui email.
8Belian secara LO diterima?
Kami terima belian secara LO tapi harga sedikit mahal kerana ambil masa untuk kami menerima bayaran penuh.
9Ada beberapa kotak tidak digunakan, bolehkah saya jual semula?
Maaf kami tidak menerima pemulangan semula setelah kotak dibeli.

Maklumat Penghantaran

1Kaedah Penghantaran
Buat masa ini kami menggunakan tiga (3) kaedah penghantaran.
Courier : melaui Lazada ke seluruh Semenanjung Malaysia sahaja.
Runner : sekitar Lembah Klang pada waktu pejabat.
COD : sekitar Lembah Klang selepas waktu pejabat.
2Penghantaran Selain Malaysia?
Malangnya kami hanya membuat penghantaran di dalam Malaysia sahaja (semenanjung) kerana kos yang amat tinggi kepada pihak pembeli
3Boleh terangkan penghantaran menggunakan Runner?
Kami menggalakkan pelanggan walkin ke kedai kami untuk mengelakkan pelanggan berbelanja lebih. Sekiranya memerlukan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, caj RM20 dikenakan bagi kuantiti 60pcs kebawah. Jika penghantaran sekitar lembah Klang, caj bermula RM40 – RM60 bergantung kepada jarak daripada kedai. Penghantaran dibuat pada waktu pejabat. Bayaran hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
4Ada servis penghantaran luar lembah klang?
Dengan permintaan yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dari negeri pantai timur dan utara, kami kini boleh membuat penghantaran ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Kami berjaya mendapatkan kos yang sangat minima untuk penghantaran agar tidak membebankan pelanggan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
5Berapa lama penghantaran dibuat?
Jika tempahan dan bayaran diterima sebelum jam12 tengah hari, tempahan anda akan diproses pada hari yang sama. Pihak courier akan mengambil dan memproses penghantaran pada hari berikutnya.Biasanya dalam 2-3 hari bekerja anda akan menerima kotak anda.
6Saya menggunakan Myvi, berapa boleh muat?
Kebiasaanya 40pcs Kotak Large. Tapi perlu diingat bahawa seat belakang perlu diturunkan sepenuhnya.